Tuesday 9 July 2013

Bulan Ramadhan bulan mulia...


Salam Ramadhan semua!

Alhamdulillah kita dipanjangkan umur untuk menyambut ketibaan bulan Ramadhan bulan yang penuh dengan barakah.

Bulan inilah yang perlu kita pulun habis-habisan untuk mendapatkan pahala yang banyak. Bukan pulun nanti waktu raya. Haaaa semua rendang, ketupat, kuih-muih.. Habis weight yang I lost over the month y'alls. 


Jom kita tengok dan singkap kembali kebaikan, keistimewaan bulan Ramadhan ini..


"Apabila masuk bulan Ramadhan,  terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada merasuk mangsanya)".

(Hadis Sahih - Riwayat Muslim)


"Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: "Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan!  Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan!  Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka - daripada memasukinya". Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan)." 

(Riwayat Tirmizi dan Nasa'i)

Bulan ini marilah kita sama-sama mengkhatamkan Al-Quran, bangun untuk Qiyam setiap malam (kalau susah buat semua sekurang-kurangnya waktu bangun sahur tu cuba la sembahyang sunat walaupun dua rakaat), banyak kan menderma, melatih diri untuk banyak bersabar.



Minta-minta Allah terima ibadah kita di bulan Ramadhan ini. InsyaAllah.

Saya juga nak berkongsi tentang satu isu yang menjadi pendebatan ramai.

1) Apakah hukum mengambil darah sewaktu berpuasa?


1) Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.

Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah dipinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)

2) Bagaimana pula dengan suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal:

Hukumnya : Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, 'pain killer' dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; ‘Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan.
Berkenaan suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan : Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercanggah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar'iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ).
Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.

Saya harap sedikit sebanyak boleh membantu menyelesaikan persoalan di minda anda. 

Akhir sekali, saya harap kita semua dapat beribadah dengan baik dan sempurna. InsyaAllah.



Source : 

1. http://www.blackrosehunter.my/2013/07/kebaikan-keistimewaan-kelebihan-bulan-ramadhan.html

2. http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/595-ramadhan-a-batalkah-puasa-kita-jika.html

Sunday 9 June 2013

Mantoux Test

Salam semua!

Beberapa hari lepas, beberapa pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di luar negara hadir di makmal kami untuk melakukan beberapa ujian darah. Antara beberapa ujian yang mereka buat ialah Mantoux Test. 

Apakah Mantoux Test itu?

Mantoux Test ialah ujian saringan untuk penyakit Tuberculosis atau dalam bahasa penyakit batuk kering.

Bagaimana Mantoux Test dapat mengesan penyakit Tuberculosis?

Ujian ini memerlukan 5 unit dos tuberculin dimasukkan ke dalam kulit. Seseorang yang telah terdedah kepada bakteria, dijangka untuk melancarkan tindak balas imun pada kulit yang mengandungi protein bakteria. 

Cara membaca reaksi dari ujian ini ialah dengan mengukur diameter kawasan suntikan itu. Keputusan positif akan kelihatan ketara dibangkitkan dan kawasan itu menjadi keras. Jika negatif, keputusan itu direkodkan sebagai "0 mm".  

Sebenarnya Mantoux Test ini mudah sahaja.

Jom kita lihat bagaimana ia dilakukan dalam 5 simple steps.

1) Pertama sekali, inilah alat-alat yang diperlukan untuk Mantoux Test ini..


2) Inilah tuberculin yang perlu disuntik di dalam kulit nanti..


(P/S: Lihat la saiz jarum yang hendak disuntik.. sangat kecil kan?)

3) Suntikan ke dalam kulit


Alahai macam kena gigit semut jeee....

4) Proses menanda kawasan yang disuntik.



5) Tadaa! Sudah selesai.



Mudah bukan?

Mudah dan tidak sakit!

Selepas itu keputusan akan dibaca selepas 2-3 hari.

Okay itu sahaja dari saya kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang! Semoga para pembaca sihat selalu dan berada dalam lindungan Allah. Ameen.


Friday 31 May 2013

Yeay! Cuti Sekolah! Kahwin!




Salam semua,

Eh jangan tersilap sangka bila baca tajuk ini ya.. Penulis belum ada rancangan nak kahwin anytime soon.. Tapi sekarang kan cuti sekolah? Memang tak menang tangan jemputan kahwin dekat rumah..

"Kak jemput datang ya..anak bujang saya nak kahwin minggu depan," - Jiran kata dekat mak..

"Datang tau anak aku nak kahwin minggu ni.. maklumlah cuti sekolah..senang semua berkumpul.." - Orang kampung mak..

Kita ni nak jadi anak mithali temankan la mak pergi..  Tak kisah sebenarnya.. Lagipun penulis suka suasana rumah orang kahwin.. Meriah..

Bila cerita pasal kahwin ni, tidak ramai yang tahu apa antara kepentingan persiapan perkahwinan...

Kursus kahwin 
Tempah khemah 
Tempah katering 
Tempah baju 
Tempah pelamin 
Tempah band 
Edar kad jemputan 
Door gift 

Tapi rasa-rasa macam ada yang kurang tak di situ?

Ada tak kita buat ujian darah SEBELUM kahwin?

Ehhh apasal tiba-tiba masuk cerita ujian darah pula? Mesti pembaca tertanya-tanya.. Sebenarnya inilah step yang paling penting dalam persiapan perkahwinan..

Apa yang kita PERLU check

1) HIV 
2) Hepatitis
3) Thalassemia
4) Blood group dan Rhesus

Kenapa test-test ini penting?

1) Sangat lah penting untuk tahu ini.. Bukan tak percaya tapi malang itu memang tak berbau.. Dengan blood transfusion pun boleh berlaku? Anda tahu sejarah hidupnya? Tidak kan?

Media_httpfarm6static_jzazf


2) Hepatitis bukan lagi penyakit yang dikategorikan penyakit simple. Dari hepatitis boleh menjadi kanser hati..Bukan perkara remeh kan?


3) Kesedaran terhadap Thalassemia masih di tahap rendah.. Ia mungkin tidak menunjukkan characteristic dalam diri anda atau pasangan anda, tetapi itu tidak bermakna ia tiada di dalam gene badan anda..Penyakit ini boleh menyebabkan kelemahan dan kerosakan pada cell darah merah anda.. Tahukan Red Blood Cell sangat penting? Kalau rosak, macam mana nak bawa oksigen ke semua organ? Masalah ini bukan affect anda atau pasangan anda tapi anak anda nanti..



4) Rhesus juga penting untuk anak dalam kandungan.. Jika ibu mempunyai kumpulan darah negative membawa anak berdarah positive masalah akan timbul bukan untuk kandungan pertama tapi untuk kandungan seterusnya.. Sewajarnya tindakan lanjut perlu diambil..


Lepas dah tahu keputusannya, barulah molek ambil langkah seterusnya.. Yang okay hati pun tenang.. yang kurang okay bukan tak boleh kahwin..ada jalannya..Vaccination, sesi kounseling.. Insya Allah ada jalannya.... *feeling Maher Zain sekejap*

Okay lah.. penulis nak ucapkan kepada yang nak kahwin tu, 'Selamat Pengantin Baru.. Moga berkekalan hingga ke akhirat..' 

Special Guest kita hari ini, Maher Zain pun nak nyanyi untuk anda...


Wednesday 29 May 2013

Diabetes : Silent Killer

Assalamualaikum semua,

Harini penulis nak bercerita tentang diabetes. Haaa mesti biasa dengar kan? Tapi biasanya orang-orang tua yang ada diabetes ni betul tak? Orang muda-muda macam penulis ni jarang ambik tahu pasal ni kan.. Jangan tersilap..sebenarnya dari muda ni la kita kena jaga our health. 

Pasai pa? 

Ni penulis nak share sikit.. Sebenarnya arwah nenek penulis ada diabetes atau bak kata orang kita kencing manis..

(Nota selit) : Nak tahu tak? Penulis baca yang orang dulu-dulu rasa kencing mereka manis atau x.. Tp ni duluuuuu la sebelum technology takes over.. Can you imagine? Oh my god!

Hehe.. Anyway, back to my story, diabetes ni silent killer. Tengok susah payah nenek waktu kena dialysis tiap minggu.. And then sampai ke tahap luka kat kaki kena infection and kena gangrene and potong kaki.. Ya Allah besar dugaan nenek. Insaf penulis.. 

Jangan tak tahu.. Diabetes ni penyakit keturunan.. Chances are kalau orang tua dalam keluarga ada diabetes, kita juga berisiko tinggi untuk mendapat penyakit ini kalau tak jaga dari muda..

Tengok ni..









Ini antara makanan kegemaran penulis juga.. Malam-malam tu kalau lapar memang confirm order fast food.. And chocolates.. I loooovveee chocolates!. Memang penulis ni ada sweet tooth.. Huhuhu.. Terliur pulak tulis pasal benda-benda ni.. Tetapkan imannnnn..

Bukan nak kata tak boleh ambil makanan ni semua, tapi kena berpada-pada ya.. Dan kita kena seimbangkan dengan senaman yang secukupnya.. Tak payah nak pergi gym sangat. Kalau ada masa lebih dan pitis lebih boleh je.. Tapi kat office pun boleh exercise. Antaranya pilih untuk naik turun tangga instead of lift. 

Lain kali kita discuss pasal exercise lagi.. Sambung lagi pasal diabetes..

Mak penulis selalu cek Hba1c glucose level dekat lab. Selama hampir lima puluh tahun berjaya avoid diabetes tiba-tiba last check up tinggi pula.. 

Sebagai precaution, mak sekarang jaga makan minum.. Ambil nasi seminggu sekali, hari lain makan capati atau oats.. Lepas tu kena lebihkan berjalan kaki.. Boleh kurus y'all! Setakat ni dah turun 8kg.. Tp lepas tu naik sikit..sbb kenduri sana sini..hahah..xpe ye ma lepas ni kita try lagi..

No sweet victory comes without hard work! 






Tuesday 14 May 2013

Pentingkah ujian darah?

Pernahkah anda bertanya, "Apa yang boleh SAYA lakukan untuk meningkatkan kesihatan dan memanjangkan umur SAYA?" Saya pernah soalkan beberapa rakan saya dan rata-rata memberi jawapan "Tak tahu."

    

Ini kerana anda tidak tahu bagaimana darah anda kelihatan di bawah mikroskop. Jika kita mengetahuinya, pasti kita akan mengambil langkah-langkah yang perlu untuk melindungi kesihatan anda dan meningkatkan kesejahteraan anda.



Ujian darah tahunan adalah langkah yang paling penting boleh diambil untuk mencegah penyakit yang mengancam nyawa. Dengan keputusan ujian darah di tangan, anda boleh menangkap perubahan penting di dalam badan anda sebelum terlewat seperti :

i) penyakit jantung
ii) kanser
iii) kencing manis atau lebih teruk lagi.

Ujian darah yang betul boleh memberi KUASA kepada anda untuk menggubal satu program pencegahan penyakit berasaskan sains yang boleh menambah HIDUP SIHAT selama sedekad lagi.

Malangnya, kebanyakan ujian darah rutin hanya melibatkan pesanan doktor setelah pemeriksaan perubatan tahunan, itu pun jika ujian darah diperintahkan. Jauh terlalu kerap, ujian darah ini juga tidak menguji penanda penting risiko penyakit. Akibat kegagalan untuk menganalisis darah untuk petanda lebih awal adalah kecacatan yang sia-sia atau lebih tragis KEMATIAN.

Ujian darah mempunyai manfaat yang menjangkau lebih jauh daripada PENCEGAHAN PENYAKIT


                                   Just say no to diseases!!


Sebagai contoh, dengan memantau tahap hormon seks, anda boleh mengambil langkah-langkah tegas untuk meningkatkan kualiti hidup anda, mungkin dengan membetulkan keadaan kemurungan mental, mati pucuk, obesiti abdomen, atau dengan meningkatkan memori anda dan tahap tenaga.

Dalam blog ini, kita akan sama-sama mengenal pasti 10 ujian darah yang paling penting bagi mereka yang berusia lebih 40 tahun perlu mempunyai setiap tahun. Berbekalkan keputusan ujian ini, bersama-sama dengan doktor, kita boleh mengelakkan masalah kesihatan yang serius dan mencapai KESIHATAN yang OPTIMUM.






Ovarian Cancer


Case 1



Seorang wanita dalam lingkungan umur 50-an mengalami sakit perut yang membuatkannya merasa tidak selesa.. Setelah menjalani pemeriksaan di beberapa klinik dan juga hospital, doktor mendiagnosnya mempunyai masalah angin.. 




Setelah mengambil ubat yang diberi selama seminggu, beliau masih belum beransur sihat.. Atas nasihat seorang kenalan, beliau menguji darah untuk mengetahui masalah sebenar yang beliau hadapi..Tanpa diduga selepas diuji..beliau di dapati menghidapi cancer ovary setelah kanser marker di kesan di dalam darah..



Selepas mendapat keputusan ujian, beliau terus berjumpa dengan doktor untuk mendapat rawatan...




Alhamdulillah kini beliau sihat kerana membuat keputusan untuk menguji darah beliau lantas dapat menyelamatkan nyawa beliau..




Jika Beliau terlewat membuat keputusan, inilah akibatnya.





Bertindaklah sebelum terlambat..



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...