Sunday 9 June 2013

Mantoux Test

Salam semua!

Beberapa hari lepas, beberapa pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi di luar negara hadir di makmal kami untuk melakukan beberapa ujian darah. Antara beberapa ujian yang mereka buat ialah Mantoux Test. 

Apakah Mantoux Test itu?

Mantoux Test ialah ujian saringan untuk penyakit Tuberculosis atau dalam bahasa penyakit batuk kering.

Bagaimana Mantoux Test dapat mengesan penyakit Tuberculosis?

Ujian ini memerlukan 5 unit dos tuberculin dimasukkan ke dalam kulit. Seseorang yang telah terdedah kepada bakteria, dijangka untuk melancarkan tindak balas imun pada kulit yang mengandungi protein bakteria. 

Cara membaca reaksi dari ujian ini ialah dengan mengukur diameter kawasan suntikan itu. Keputusan positif akan kelihatan ketara dibangkitkan dan kawasan itu menjadi keras. Jika negatif, keputusan itu direkodkan sebagai "0 mm".  

Sebenarnya Mantoux Test ini mudah sahaja.

Jom kita lihat bagaimana ia dilakukan dalam 5 simple steps.

1) Pertama sekali, inilah alat-alat yang diperlukan untuk Mantoux Test ini..


2) Inilah tuberculin yang perlu disuntik di dalam kulit nanti..


(P/S: Lihat la saiz jarum yang hendak disuntik.. sangat kecil kan?)

3) Suntikan ke dalam kulit


Alahai macam kena gigit semut jeee....

4) Proses menanda kawasan yang disuntik.



5) Tadaa! Sudah selesai.



Mudah bukan?

Mudah dan tidak sakit!

Selepas itu keputusan akan dibaca selepas 2-3 hari.

Okay itu sahaja dari saya kali ini. Jumpa lagi di post yang akan datang! Semoga para pembaca sihat selalu dan berada dalam lindungan Allah. Ameen.


2 comments:

  1. Assalamualaikum, kat mana ye sye boleh buat ujian mantoux ni?

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum, kat mana ye sye boleh buat ujian mantoux ni?

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...