Tuesday 9 July 2013

Bulan Ramadhan bulan mulia...


Salam Ramadhan semua!

Alhamdulillah kita dipanjangkan umur untuk menyambut ketibaan bulan Ramadhan bulan yang penuh dengan barakah.

Bulan inilah yang perlu kita pulun habis-habisan untuk mendapatkan pahala yang banyak. Bukan pulun nanti waktu raya. Haaaa semua rendang, ketupat, kuih-muih.. Habis weight yang I lost over the month y'alls. 


Jom kita tengok dan singkap kembali kebaikan, keistimewaan bulan Ramadhan ini..


"Apabila masuk bulan Ramadhan,  terbukalah pintu-pintu rahmat dan tertutuplah pintu-pintu neraka serta terbelenggulah syaitan-syaitan (daripada merasuk mangsanya)".

(Hadis Sahih - Riwayat Muslim)


"Apabila bermula malam yang pertama dari bulan Ramadhan .. menyerulah malaikat, katanya: "Wahai orang-orang yang mahukan kebaikan!  Tampillah mengerjakannya dan wahai orang-orang yang hendak melakukan kejahatan!  Berhentilah dari meneruskannya; (ketahuilah), Allah Taala banyak membebaskan orang-orang yang dijanjikan dengan neraka - daripada memasukinya". Seruan dan keampunan yang demikian, diberikan pada tiap-tiap malam (dalam bulan Ramadhan)." 

(Riwayat Tirmizi dan Nasa'i)

Bulan ini marilah kita sama-sama mengkhatamkan Al-Quran, bangun untuk Qiyam setiap malam (kalau susah buat semua sekurang-kurangnya waktu bangun sahur tu cuba la sembahyang sunat walaupun dua rakaat), banyak kan menderma, melatih diri untuk banyak bersabar.



Minta-minta Allah terima ibadah kita di bulan Ramadhan ini. InsyaAllah.

Saya juga nak berkongsi tentang satu isu yang menjadi pendebatan ramai.

1) Apakah hukum mengambil darah sewaktu berpuasa?


1) Darah keluar dari tubuh ; samada untuk berbekam, ambil darah pesakit, menderma darah, tercedera, darah dari hidung, tangan dan lain-lain.

Hukumnya : Tidak batal puasa kerana yang membatalkan adalah yang masuk ke tubuh melalui saluran terbuka hingga ke perut dan bukannya ‘yang keluar' dari tubuh. (As-Siyam Muhdathatuhu wa hawadithuhu, Dr Muhd ‘Uqlah, hlm 215). Manakala pandangan pembatalan puasa dengan berbekam yang berdalil hadith riwayat Abu Daud dan Ibn Majah dengan sanad sohih menurut Imam An-Nawawi, ia telah dipinda (nasakh) dengan hadith dari Ibn Abbas yang menyebut Nabi SAW berbekam dalam keadaan baginda berpuasa. (Riwayat Al-Bukari, 3/43) kerana hadith dari Ibn Abbas ini berlaku tatkala Haji Wida' dan terkemudian dari hadith yang menyebut batal kerana bekam. (Tasysir al-Fiqh, Qaradawi, hlm 90). Malah ini juga padangan majority mazhab kecuali Hanbali. ( Bidayatul Mujtahid, 1/247)

2) Bagaimana pula dengan suntikan ke dalam tubuh melalui tangan, kaki selain rongga terbuka yang asal:

Hukumnya : Terdapat dua jenis : samada untuk berubat atau untuk menguatkan. Jika ia digunakan untuk mengurangkan demam, bius, 'pain killer' dan apa jua tujuan asas perubatan, ia disepakati tidak membatalkan puasa (Al-Qaradawi, hlm 100 ; ‘Uqlah , hlm 226). Demikian juga hukumnya suntikan kalsium dan sebagainya untuk kekuatan badan demi perubatan.
Berkenaan suntikan makanan, air seperti glukos dan sepertinya untuk tujuan perubatan; para ulama sekali lagi berbeza pandangan : Pandangan majoriti adalah : Tidak membatalkan puasa kerana ia tidak masuk ke dalam tubuh melalui rongga terbuka dan ia tidak mengenyangkan serta tidak bercanggah dengan hikmah puasa. Ia adalah fatwa oleh Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi, Syeikh Md Bakhit, Syeikh Abd Rahman Taj, Syeikh Ahmad As-Syurbashi, Keputusan Lajnah Fatwa Azhar tahun 1948 (Taysir Al-Fiqh As-Siyam, hlm 100; Fatawa Syar'iyyah, hlm 268 ; Yasalunaka, 5/53 dll ).
Bagaimanapun, suntikan jenis makanan ini membatalkan puasa terutama jika dilakukan secara sengaja untuk melarikan diri dari ujian keletihan lapar dahaga puasa.

Saya harap sedikit sebanyak boleh membantu menyelesaikan persoalan di minda anda. 

Akhir sekali, saya harap kita semua dapat beribadah dengan baik dan sempurna. InsyaAllah.



Source : 

1. http://www.blackrosehunter.my/2013/07/kebaikan-keistimewaan-kelebihan-bulan-ramadhan.html

2. http://zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/3/595-ramadhan-a-batalkah-puasa-kita-jika.html

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...